life depended on each other...

some people know something that other people don't..sometimes, people might think what he know is not crucial to another person but surprisingly, the knowledge that he own affect other's life..so, if we can share the same bright sun, the same round moon, why can't we share the same knowledge and the same love???

Thursday, January 6, 2011

Sambutan Tahun Baru..Tahukah anda bahawa ianya haram??

Assalamualaikum..hari ini saya telah berjaya memperoleh sedikit ilmu lagi..sedikit ilmu yang mungkin dianggap remeh tetapi akhirnya banyak yang tersilap langkah akibat tidak mengetahui dan memahami ilmu itu..tanggal 1 januari setiap tahun pasti menjadi tarikh yang dinantikan oleh semua insan di seluruh dunia tidak kira sama ada islam atau pun tidak..sudah tentu tarikh tersebut menjadi simbol kepada pembentukan azam baru dan penutupan kepada kehidupan yang silam..hampir setiap negara akan mengadakan sambutan tahun baru..hampir jutaan penduduk akan berkumpul, berhibur dan sama-sama mengira sehingga detik 12 tengah malam tanggal 31 Disember berlalu..dari  sudut positifnya, jelaslah terpancar bahawa semangat perpaduan akan dapat dipupuk dan semua bangsa akan sama-sama berganding bahu menjayakan sambutan itu..namun begitu, jauh dari sudut positif nya, muncul juga impak negatif nya..dari perspektif islam, sambutan tahun baru diharamkan sama sekali..bagi insan yang tidak tahu tetapi dia turut serta dalam majlis sambutan itu, dia akan dikira sebagai insan yang fasik. namun bagi insan yang tahu tetapi tetap mengambil keputusan untuk turut serta dalam majlis sambutan itu, ia akan merosak serta melukakan akidahnya..hal ini disebabkan hampir semua sambutan tahun baru yang dianjurkan dilakukan tanpa batasan..tiada had dikenakan dan lelaki mahupun perempuan dapat bergaul dan bersentuhan tanpa halangan..hal ini akan menjurus kepada kebejatan akhlak dan juga mendorong kepada maksiat..cukuplah sambutan tahun baru disambut dengan azam yang baru disertai dengan niat di samping ucapan alhamdulillah kerana masih diberi peluang merasai tahun baru disamping sejenak muhasabah diri..moga-moga dengan ilmu yang disampaikan ini dapat mendorong saudara lebih berhati-hati dalam meraikan sesuatu sambutan..sabda Rasulullah S.A.W : sampaikan lah daripadaku walaupun sepotong ayat...wallahualam..

Thursday, December 16, 2010

insaf hanya sekejap!!

salam..hari ni cukup memenatkan tapi agak menggembirakan kerana masa agak terisi sedikit hari ni..pagi tadi cousin ajk sy pergi menonton wayang..mulanya saya menolak tapi akhirnya saya mengubah keputusan untuk pergi jgak..maklum la akal mnsia ni sentiasa berubah-ubah...mula2 tengok filem Tron dan yg kedua tengok filem 'aku masih dara'...filem2 melayu mcam neh mcam biasa la sntiasa mnjadi tmpuan dan pilihan ank2 muda terutamanya 'pasangan' mrpati dua sejoli...filem ini agak bez kerana ada terselit unsur-unsur islam...mesti pasangan2 yang datang berdua tu agk pnas...maklumlah cerita-cerita yg ada brkaitan dgn ksah hdup mereka mgkin dipaparkan dalam filem tersebut...tapi yang hairan nya, lpas je crita tu tmat, suma orang buat mcam tiada apa yang berlaku..pasangan tetap kluar sbgai psangan, siap pegang2 tangan lagi..hairan jgak..dah twu bnda tu berdosa, buat jgak...peringatan dah diberi melalui bentuk hiburan tetapi msej yang disampaikan tu hanya meresap sekejap sja...lepas tu syaitan dan nafsu kembali menguasai diri...ish2..sampai bila fenomena cam  ni nak kekal...ingatlah kalau tiada jodoh, tak kan kekal pon..dah tu, buat pa nk pgang2 tangan dgn seseorang yg belum tntu jadi psangan shdup smati kita?? sedar la..mari lah kita sma2 kembali ke pangkal jalan...setiap yang melakukan kesalahan dan dosa akan diampunkan oleh Allah S.W.T sekiranya melakukan taubat nasuha..wallahualam...

Sunday, December 12, 2010

my view..(tentang solat)

salam...sekejap tadi ada seorang bertanyakan kepada aku tentang bagaimanakah yang akan aku lakukan sekiranya aku ingin menyuruh seseorang mengerjakan solat...aku agak terkejut mendengar persoalan yang diutarakannya kerana aku masih lagi belum berdepan dengan situasi sebegitu..ditambah pula aku ini bukan lah seorang yang mahir dalam ilmu agama..tapi aku yakin setiap manusia pasti ada cara dan methodnya yang tersendiri dalam menangani sesuatu isu.. pada pandangan aku, nasihat secara istiqamah dan brkesan dapat membantu menangani permasalahan ini..nasihat adalah instrumen penting dalam bentuk kata-kata mahupun perbuatan yang mampu membuka pintu hati seseorang ke arah yang lebih baik..manusia ini diciptakan dengan fitrah semula jadi yang mengakui adanya Tuhan..jadi, sebenarnya manusia percaya dan yakin dengan ibadah yang wajib dikerjakan nya tetapi mereka dihalang dan dilalaikn oleh jentera-jentera nafsu dan syaitan yang telah menguasai hati..namun begitu, setiap jentera pasti dapat digantikan dengan jentera baru yang lebih baik..dalam erti kata lain, nasihat secara berterusan mampu menjadi jentera pengubat hati yang mampu memandu manusia kembali ke pangkal jalan..yang kedua, sudah tentu melalui contoh teladan..hati dan akal manusia ini begitu mudah  dipengaruhi oleh persekitaran..jadi sekiranya persekitarannya memaparkan akhlak yang baik sudah tentu akan menghasilkan insan yang cukup baik..sekiranya insan yang tidak menunaikan solat  berada dalam suasana di mana ibadah solat menjadi keutamaan, sudah tentu insan tersebut akan cuba membuat transformasi sedikit demi sedikit ke arah suasana tersebut..itu adalah serba sedikit pandangan aku yang tidak mahir dalam hal-hal berkaitan agama ini..bagaimanakh pndapat anda sekalian?? sekiranya anda ada pndapat yang dirasakan berguna, cuba lah kongsikn supaya kita dapat mewujudkn ummah yang berpegang dengan paksi agama dan secara tidak langsung dapat menguatkan lagi tiang agama kita..wasalam..

Sunday, October 3, 2010

Hukum Peraduan SMS Dan Menyertainya Menurut Pandangan Islam




Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-64 yang bersidang pada 27 Jul 2004 telah membincangkan Hukum Peraduan SMS Dan Menyertainya Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa Peraduan kuiz melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan seumpamanya adalah mengandungi unsur-unsur eksploitasi kesamaran (tidak jelas), pertaruhan dan nasib yang tergolong dalam pengertian judi. Dari itu hukum peraduan kuiz tersebut adalah haram di sisi Syarak

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day


Daripada: Majlis Fatwa Kebangsaan

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah: 
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                                             ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                       (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.


Saturday, October 2, 2010

success is going from failure to failure without losing enthusiasm...

-by Winston Churchill-