life depended on each other...

some people know something that other people don't..sometimes, people might think what he know is not crucial to another person but surprisingly, the knowledge that he own affect other's life..so, if we can share the same bright sun, the same round moon, why can't we share the same knowledge and the same love???

Sunday, December 12, 2010

my view..(tentang solat)

salam...sekejap tadi ada seorang bertanyakan kepada aku tentang bagaimanakah yang akan aku lakukan sekiranya aku ingin menyuruh seseorang mengerjakan solat...aku agak terkejut mendengar persoalan yang diutarakannya kerana aku masih lagi belum berdepan dengan situasi sebegitu..ditambah pula aku ini bukan lah seorang yang mahir dalam ilmu agama..tapi aku yakin setiap manusia pasti ada cara dan methodnya yang tersendiri dalam menangani sesuatu isu.. pada pandangan aku, nasihat secara istiqamah dan brkesan dapat membantu menangani permasalahan ini..nasihat adalah instrumen penting dalam bentuk kata-kata mahupun perbuatan yang mampu membuka pintu hati seseorang ke arah yang lebih baik..manusia ini diciptakan dengan fitrah semula jadi yang mengakui adanya Tuhan..jadi, sebenarnya manusia percaya dan yakin dengan ibadah yang wajib dikerjakan nya tetapi mereka dihalang dan dilalaikn oleh jentera-jentera nafsu dan syaitan yang telah menguasai hati..namun begitu, setiap jentera pasti dapat digantikan dengan jentera baru yang lebih baik..dalam erti kata lain, nasihat secara berterusan mampu menjadi jentera pengubat hati yang mampu memandu manusia kembali ke pangkal jalan..yang kedua, sudah tentu melalui contoh teladan..hati dan akal manusia ini begitu mudah  dipengaruhi oleh persekitaran..jadi sekiranya persekitarannya memaparkan akhlak yang baik sudah tentu akan menghasilkan insan yang cukup baik..sekiranya insan yang tidak menunaikan solat  berada dalam suasana di mana ibadah solat menjadi keutamaan, sudah tentu insan tersebut akan cuba membuat transformasi sedikit demi sedikit ke arah suasana tersebut..itu adalah serba sedikit pandangan aku yang tidak mahir dalam hal-hal berkaitan agama ini..bagaimanakh pndapat anda sekalian?? sekiranya anda ada pndapat yang dirasakan berguna, cuba lah kongsikn supaya kita dapat mewujudkn ummah yang berpegang dengan paksi agama dan secara tidak langsung dapat menguatkan lagi tiang agama kita..wasalam..

1 comment:

  1. salam.
    sebenarnya masih ramai yg menghadapi mslah ini...
    semoga Allah melembutkan hati mereka untuk terus menurut ajaran islam serta memudahkan urusan orang yang ingin menasihati ini.HAnya tutur kata yang lembut dapat melembutkan hati manusia. wallahualam.

    ReplyDelete