life depended on each other...
some people know something that other people don't..sometimes, people might think what he know is not crucial to another person but surprisingly, the knowledge that he own affect other's life..so, if we can share the same bright sun, the same round moon, why can't we share the same knowledge and the same love???
Thursday, January 6, 2011
Sambutan Tahun Baru..Tahukah anda bahawa ianya haram??
Assalamualaikum..hari ini saya telah berjaya memperoleh sedikit ilmu lagi..sedikit ilmu yang mungkin dianggap remeh tetapi akhirnya banyak yang tersilap langkah akibat tidak mengetahui dan memahami ilmu itu..tanggal 1 januari setiap tahun pasti menjadi tarikh yang dinantikan oleh semua insan di seluruh dunia tidak kira sama ada islam atau pun tidak..sudah tentu tarikh tersebut menjadi simbol kepada pembentukan azam baru dan penutupan kepada kehidupan yang silam..hampir setiap negara akan mengadakan sambutan tahun baru..hampir jutaan penduduk akan berkumpul, berhibur dan sama-sama mengira sehingga detik 12 tengah malam tanggal 31 Disember berlalu..dari sudut positifnya, jelaslah terpancar bahawa semangat perpaduan akan dapat dipupuk dan semua bangsa akan sama-sama berganding bahu menjayakan sambutan itu..namun begitu, jauh dari sudut positif nya, muncul juga impak negatif nya..dari perspektif islam, sambutan tahun baru diharamkan sama sekali..bagi insan yang tidak tahu tetapi dia turut serta dalam majlis sambutan itu, dia akan dikira sebagai insan yang fasik. namun bagi insan yang tahu tetapi tetap mengambil keputusan untuk turut serta dalam majlis sambutan itu, ia akan merosak serta melukakan akidahnya..hal ini disebabkan hampir semua sambutan tahun baru yang dianjurkan dilakukan tanpa batasan..tiada had dikenakan dan lelaki mahupun perempuan dapat bergaul dan bersentuhan tanpa halangan..hal ini akan menjurus kepada kebejatan akhlak dan juga mendorong kepada maksiat..cukuplah sambutan tahun baru disambut dengan azam yang baru disertai dengan niat di samping ucapan alhamdulillah kerana masih diberi peluang merasai tahun baru disamping sejenak muhasabah diri..moga-moga dengan ilmu yang disampaikan ini dapat mendorong saudara lebih berhati-hati dalam meraikan sesuatu sambutan..sabda Rasulullah S.A.W : sampaikan lah daripadaku walaupun sepotong ayat...wallahualam..
Subscribe to:
Posts (Atom)